Jumaat, 8 Februari 2013

wanita mesti ada '4C'



assalamualaikum

mulai hari ini saat ni, marilah kita wanita bersama amalkan 4C dalam diri kita. nak tahu apa tu 4C? kena la baca sampai habis entry ni. hikhik but do not worry you all, saya bukan nak bincangkan pasal produk 4C (ada ke produk 4C?) tak kisah la. ini bukan produk ye adik2 kakak2 semua. 4C yang saya maksudkan ialah cantik, cerdik, cergas dan ceria : )

hem hem, dulu masa first2 masuk belajar dekat Uni10 ada lah sesi orientasi. maknanya banyak la ceramah yang kita dapat dengar ye tak? saya sebenarnya suka sangat dengar ceramah ilmu, yelah boleh tambah ilmu dan bagi kita lebih motivasi kan? ; ) best... kalau ada kesempatan pergi lah dengar ceramah ilmu. tak susah pun, cari kat utube pun boleh.

slogan 4C ni saya pegang sampai sekarang walaupun dah habis belajar tau, tapi tak ingat pulak nama prof tu =.= itu 3 tahun yang lepas punya ceramah okey. still motivated by remembering it.



cantik

CANTIK - yes, kita sebagai wanita kena la sentiasa nampak cantik, tak kira la dimana pun kita pergi appearance kena jaga. nak cantik tak semestinya kena make up selalu. cantik itu subjektif, meaning kita boleh jadi cantik dengan berpakaian yang lebih decent ataupun sopan, tak selekeh, nampak kemas dan macam2 lagi. tapi itu dari segi luaran, dalaman pun kena la cantik jugak. tak nak la depan je nampak cantik tapi belakang perangai mengalahkan setan. ladies please! behave yourself


cerdik

CERDIK - part ni yang crucial. sebagai kaum wanita kita kena lebih bijak dan jangan biarkan lelaki merandah2kan kita dengan ayat 'wanita akal 1, nafsu 9'. no no no. that is not good you see. kita kena lebihkan ilmu supaya orang tak pijak2. tak apa kalau kita takda sijil sekali pun. tapi jangan la kita membutakan mata dengan peredaran zaman. otak kita kena la update dengan apa yang berlaku dekat sekeliling. jangan sampai orang tanye nanti haram jadah tak boleh jawab. paling penting jangan sampai diperbodohkan lelaki okey ; ) so listen look & learn.

cergas

CERGAS - heyp. as a women kita kena lebihkan jaga kesihatan untuk tenaga yang optimum. huha.. at lease dalam seminggu tu ada la jugak senaman (walaupun sekali) jangan duduk rumah je..duduk rumah boleh tapi kena la rajin mengemas apa yang patut. haa, lagi satu kita kena juga jaga dari segi pemakanan. makan makanan yang lebih berkhasiat untuk badan dan otak kita okey.


ceria

CERIA - last but not least jadilah wanita yang lebih ceria. jangan sedih lama2 sangat okey? tak elok untuk kesihatan anda. dan dan, lagi satu muka tu murah2 kan la dengan senyuman. erk, jangan senyum tak tentu pasal kang orang ingat uolls ni gila pulak. haa, kita kena lebihkan senyum dengan kenalan dan orang lain pun okey jugak. tapi kalau ada lelaki gatal senyum2 sambil kenyit mata sila angkat kaki. takyah layan laki gatal macam tu. unless uolls pun gatal dengan lelaki tu. hihik, tak de gurau je. 

ini je saya nak kongsi hari ni. sebabkan tak dapat tidur sempat la mengupdate blog ni. alhamdulillah. this is it, bye bye!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan