Jumaat, 1 Februari 2013

last day working at corporate office



Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

pada hari ini saya akan bercheritera tentang 31 Jan 2013. semalam saya tak sempat update blog sebab balik2 rumah terus mandi dan tidur. Seperti yang semua ketahui tajuk entry hari ini mengisahkan tentang hari terakhir pekerjaan saya di corporate office. kalau semua nak tahu ini pengalaman pertama saya bekerja. saya dapat kerja secara kontrak selama sebulan je. masuk 31 December 2012 - 31 January 2013. okey la untuk pengalaman pertama kan.

pengalaman pertama ku di alam peekerjaan, mula2 tu memang sangat la susah, susah hati, tertekan, sedih semua ada..yelah kita banyak deal dengan customer. tapi bila dah lama2 tu kita jadi dah biasa dan makin pandai nak berurusan dengan customer.

walaupun susah pada mulanya, tapi sokongan kawan2 tempat kerja sangat sangat lah membantu. dari orang atasan sampai pertengahan. nasib baik Dato' dan chairman director baik dan rakan kerja yang sangat membantu. alhamdulillah.

kalau semua nak tahu kan, minggu terakhir ramai belanja makan. best jugak. hihi. kebetulan semua dapat bonus. setiap hari ada je orang belanja. diaorang memang sangat best lah! hihi

ehem2..saya siap dapat hadiah lagi. tadaa~

kotak dia sangat besar dan ringan.. haha

ni lah dalam kotak besar tu. hehe

hihi~ comel kan? comel sangat. first time tau orang bagi hadiah comel macam ni.
tengok bantal ni lagi besar dari kotak.

okey kepada semua yang baru2 nak melangkah alam pekerjaan ini ada sedikit pesanan yang boleh dipraktikkan:-

1. setiap hari sentiasa la memberi salam ataupun greet rakan tempat kerja kita okey. perbuatan ni dapat menunjukkan yang kita ni menghormati mereka di tempat bekerja.

2. sila lah murahkan senyuman. macam ni baru la orang tak anggap kita sombong.

3. sentiasa ringan tulang untuk membantu rakan2 sekerja kalau kita ada masa. mana tahu esok lusa kita tak menang tangan, mesti masa tu sangat mengharapkan ada orang sudi tolong.

4. sentiasa berani minta maaf sekiranya kita ada buat salah dan silap. perbuatan ini menunjukkan kita sangat bertanggung jawab.

5. jangan segan untuk minta pertolongan dari orang. percaya atau tidak mereka akan rasa diperlukan oleh anda. tapi jangan sampai menyusahkan orang okey.

6. kena tepati masa. jangan sesekali datang lewat ke tempat kerja. agak2 rasa jalan jem, ambil inisiatif untuk keluar rumah lebih awal.

7. bagi yang muslim, solat jangan tinggal. kalau perlu buat solat Dhuha. InsyaAllah solat ni akan mendatangkan rezeki pada kita.

last but not least, apa2 yang berlaku macam orang marah kita ke, jangan simpan dalam hati. sebab ada masa kita tertekan akan termarah juga rakan sekerja. tapi kita kene faham yang kemungkinan orang yang marah kita tu juga tengan tension. jadi sentiasa lah ada rasa kemaafan okey? jangan tak bertegur sapa pula dengan orang tu. mana tahu nanti orang tu yang paling rapat dengan kita. baiklah ini sahaja yang dapat saya kongsikan.

selamat maju jaya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan