Khamis, 9 Ogos 2012

Malam Lailatul Qadar





Assalamualaikum semua..

Emm, saya dah lama tak update blog ni. Jadi hari ni saya nak kongsi tentang malam lailatul qadar. sekarang ni kan dah masuk 10 hari terakhir Ramadhan, jadi lebih elok kalau kita manfaatkan 10 hari terakhir ramadan ni ye tak?

kawan2, marilah kita bersama cari kelebihan pada malam lailatul qadar kerana satu malam ibarat kita beramal selama 1000 bulan.

jom kita tengok ayat di bawah ni. petikan dari al-azim.com



''Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.''


ha, dikatakan juga Nabi Muhammad s.a.w sanggup meninggalkan isteri2 baginda demi untuk beribadah di malam lailatul qadar. bahkan baginda juga mengejutkan ahli keluarganya untuk bersama beribadah. hebat sungguh malam lailatul qadar.

kita pun mesti kejar 10 malam terakhir ramadhan. saya doakan kawan2 semua selamat menunaikan ibadah ye. SEMOGA BERJAYA ^^