Rabu, 12 Disember 2012

12.12.2012




Assalamualaikum... :D


seperti tajuk di atas. ehem..12.12.2012. tarikh ni memang sangat cantik :D

alangkah bahagianya kalau dapat kahwin masa ni. bukan apa, nanti senang la nak ingat bila anniversary perkahwinan saya. hihi

tapi berangan-berangan tak guna jugak kalau kita tak ada pakwe kan. apa2 pun saya hanya boleh berdoa je supaya dapat suami yang solehah, bertanggungjawab dan penyayang. 

hasil carian google


Selasa, 4 September 2012

jalan2 ke Singapura





assalamualaikum.

entry hari ni, saya nak berkongsi ceritera tentang Singapura.
sebenarnya saya dah lama pergi singapore ni. tapi baru sekarang nak update..apa yang saya dapat kongsikan, singapore ni memang lain dari yang lain. yelah selama ni saya bukan pernah jejak kaki ke luar negara pun. jadi perasaan lain dari yang lain tu rasa lain macam. hmm

apa2 pun kalau pergi Singapore ni kamu semua tak perlu risau lah kalau sesat jalan. sebab belok2 kat situ juga sampainya. bandar kat situ memang cantik2 belaka. bangunan2 lama semua dijaga dengan rapi. elok dan cantik2 lagi. kedai2 dia kebanyakan bangunan lama dan sangat antik okey. pendek kata semua okey lah. bersih pun ye, macam2 ada.

yang paling saya suka kat sini ialah murtabak dia... sedap sangat sangat sangat!!! memang lain dari Malaysia. harga murtabak dia 6SD kalau tak silap. memang tak rugi datang sini.

sini la restoran yang juat murtabak sedap tu. bukan setakat murtabak je yg sedap.
nasi beriani yang dia jual pun memang puas hati. - depan Masjid Sultan
tak dapat nak masukkan gambar murtabak tu. belum sempat tangkap gambar dah habis dimakan.


esoknya pula kami semua pergi ke universal studio. besar sangat tempat tu. saya rasa macam ada dekat bandar new york pula. cantik betul tempat tu.



universal studio

tak banyak pun gambar yang noor ambil di sana. takda masa haha. masa diluangkan untuk beratur dan bermain dan tengok wayang 4D dan dan dan..banyak lagi..seronok ^__^

baiklah baiklah..saya sekarang akan berkongsi tips pada para muslimah yang berada diluar sana yang mahu pergi ke universal studio.

1. benda wajib dibawa ialah sunblock. sebab kat sana panasss..kalau bernasib baik je hari mendung untuk anda.

2. silalah pakai tudung yang melekap pada kepala macam shawl ataupun syria atau tudung sarung. itupun kalau nak main roler coaster.

3. tolong bawak baju, tudung spare (kalau perlu). sebab kemungkinan baju anda akan basah ketika bermain. tak disyorkan bila hari panas terik, sebab kalau basah pakaian anda akan kering dengan cepat.

4. sila makan siap2 sebab makanan kat sana banyak tak halal. kalau ada pun cost dia agak mahal bagi mereka yang suka bersederhana.

5. silalah pakai kasut yang bersesuaian. takut2 nanti kaki sakit pula kena berjalan jauh.

6. kalau perlu bawa la shades. ( cermin mata hitam )

7.jangan bawak camera yang besar2 sebab nanti menyusahkan. bonus kalau ada orang sanggup pegangkan barang2 kita.

8.tak perlu lah pakai barang kemas yang keterlaluan.

paling penting sekali silalah sediakan wang yang secukupnya untuk membeli belah. nanti kita akan rambang mata kat sana. okey sampai disini saja. Selamat Maju Jaya semua dan terima kasih sebab sudi baca =)


Ahad, 2 September 2012

entry hari raya yang agak slowpoke





hi assalamualaikum semua =)

macam mana raya tahun ni? best tak =D

saya rasa raya tahun ni best sangat sangat sangat sangat sangat ^^ alhamdulillah.

tahun ni saya kureng sikit duduk rumah, asyik berjalan je. tahun ni kami saudara mara sekeluarga beraya di port dickson. orang lain sebuk beraya di kampung tapi saya main pasir pula. hee..takpe takpe. raya lebih bermakna bila berkumpul dengan saudara mara. ramai juga sedara mara datang memeriahkan suasana raya di port dickson. 


tapi ape2 pun, memang best sangat lah sebab sepupu buat aktiviti ala2 running man. kami semua main cabut name tag. :p


lepas dah habis semua aktiviti.. kami sepupu dan anak buah semua dapat duit raya dari makcik2 dan pakcik2.  dah besar panjang macam saya ni pun dapat juga duit raya tau. hee....okey sampai sini sajalah. saya ni dah terlebih exited pula mengarang sampai berterabur bahasa ibunda kita. haha


selamat maju jaya.

Khamis, 9 Ogos 2012

Malam Lailatul Qadar





Assalamualaikum semua..

Emm, saya dah lama tak update blog ni. Jadi hari ni saya nak kongsi tentang malam lailatul qadar. sekarang ni kan dah masuk 10 hari terakhir Ramadhan, jadi lebih elok kalau kita manfaatkan 10 hari terakhir ramadan ni ye tak?

kawan2, marilah kita bersama cari kelebihan pada malam lailatul qadar kerana satu malam ibarat kita beramal selama 1000 bulan.

jom kita tengok ayat di bawah ni. petikan dari al-azim.com



''Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.''


ha, dikatakan juga Nabi Muhammad s.a.w sanggup meninggalkan isteri2 baginda demi untuk beribadah di malam lailatul qadar. bahkan baginda juga mengejutkan ahli keluarganya untuk bersama beribadah. hebat sungguh malam lailatul qadar.

kita pun mesti kejar 10 malam terakhir ramadhan. saya doakan kawan2 semua selamat menunaikan ibadah ye. SEMOGA BERJAYA ^^

Rabu, 4 Julai 2012

hari-hari tanpa polisterin di UiTM






Assalamualaikum =)



apa khabar semua? sihat? saya disini sihat2 saja.
dah lama rasanya tak post apa2 di blog ni. maklum la dah mula masuk belajar ni susah nak luangkan masa dekat blog, lagi2 semester ni semester akhir.


hari ni saya hanya nak berkongsi situasi sekeliling di UiTM yang tercinta. bagi saya semester ni agak menarik kerana UiTM mengambil inisiatif untuk menghentikan penggunaan polisterin. saya sangat2lah sokong hari tanpa polisterin.


bagi saya lebih baik kalau kita guna tupperwear ke, atau makan terus dekat dining siswa/siswi. pakai polisterin ni bukan elok untuk kesihatan pun. selain tu, kita juga dapat memelihara alam sekitar kita dengan mengurangkan penggunaan plastik.


jadi marilah kita sama2 bersatu untuk mengelakkan penggunaan polisterin dan plastik beg. kalau boleh nak beli makanan bawa la tupperwear, tak pun mangkuk tingkat. pada yang nak beli belah di pasaraya tu jangan lupa bawa beg recycle okey?


salam 1 MALAYSIA =)

Selasa, 19 Jun 2012

semester akhir saya

bissmillah..assalamualaikum..

sekarang ni dah hampir dua minggu masuk belajar dan sem ni adalah sem akhir saya! =D
tak sabar rasanya nak habis diploma lepas tu insyaAllah dapat sambung ijazah..

semoga saya berjaya, amin.


tak sabar nak merasa pakai jubah ni dengan kawan2